Sunday, August 14, 2011

~Gagal dalam pergaulan~

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka.
Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai
orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci tetangganya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rekan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Seterusnya..

Justru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaidah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, menggosk gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahwa dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta
menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang
lain.
source : kisahmotivasihidup.blogspot.com
repost by : ceritabos.blogspot.com

No comments:

Post a Comment